Wednesday, 29 August 2012

Tazkirah -Mengembirakan Orang Lain


Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.


Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga
amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka

TAZKIRAH UNTUK DIRI HAMBA N KAWAN SEMUA

 1 - Sesiapa yg BANTU ramai org utk berjaya, insya Allah dia akan mudah berjaya. Sesiapa yg DENGKI org yg berjaya, dia sukar utk berjaya. Dengki berpunca drp hati yg kotor yg byk syaitan bertapak d hatinya. Org dengki sukar bahagia, rezki sempit, mudah sakit, wajah hodoh, solat tak khusyuk, Allah benci n kwn akan jauhkan diri, kecuali yg sama2 busuk hati. Hakis dengki dgn berdoa agar Allah buang sifat mazmumah, solat taubat, istighfar byk2, doakan org, maafkan org, bantu org n yakin jika mmg rezki kita, takde siapa dpt ambil drp kita. Allah Maha Adil n Maha Penyayang. Moga Allah jadikan kita org yg bersyukur n redha. Wassalam.

Sunday, 26 August 2012

RAYA 2012

Assalamualaikum..rasa dh lama x masuk blog nih...busy ?? xde la...entah rasa malas...tp ape2 pon itu perkara yg normal dalam hidup manusia ...kali ini saya akan menceritakan tentang raya saya pada tahun 2012..Alhamdullilah semua ok...bersyukur sangat.

tp adalah sedikit sebanyak perkara yang saya rasa raya tahun ni tak semeriah tahun sebelum ini, apa boleh buat redha je la,