Assalamualaikum...rase dah lama x buka blog ni...busy...kali ni saya mahu kongsikan dgn sair2 semua pasal apa yang dihadapi oleh seseorang yang bernama manusia, kita sememangnya tidak boleh hidup seorang diri dan sudah semestinya ingin juga memiliki pasangan hidup ataupun teman hidup tidak kira isteri,suami atau keluarga kandung kita sendiri...namun, kita tidak boleh lupa juga bahawa yang selalu ada bersama kita ialah Allah yang satu...itu kita tidak boleh pisahkan dari hidup kita. walaupun kita berada dalam keadaan susah atau senang, sedih atau gembira...Allah mestilah diingati...
hari ni...entah kenapa hati ambe rasa sedih ..mungkin disebabkan banyak masalah yang tidak lah teruk atau rumik ..rasa macam nak menangis pon ada..nak balik kampung ada....tapi semua itu hanya dapat disimpang didalam hati sahaja...dan hanya mampu berdoa,bertawakal n berserah kepada Allah..
masalah sememangnya satu ujian bagi diri kita untuk ditempuhi...so harus la sabar....
ingat la Allah selalu...nescaya Allah akan mengingati mu....
petikan ayat2 daripada :
al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah
“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.
No comments:
Post a Comment